Followers

Friday, 30 November 2012

Nuin Little Perak , Bangi

Sepanjang 4 tahun aku duduk bangi tak pernah sesekali aku pergi makan sini...takat lalu macam tue jea..sebabkan hajat nak makan makanan jepun kat Miyami so tengok sebelah tue ada Nuin Little Perak..try la..sebab aritue masuk JJCM si Iqram tue promote situ..

Masuk2 kedai environment sangat ok..kemas, bersih..and tak dapat dinafikan orang tak putus keluar masuk even tak la penuh...so aku order carrot susu, popia original taiping & mee kari kuala kangsar..

mula sampai sekali carrot susu & popia original taiping


Kira nie macam appetizer dulu la..makan2 bole la...rasa macam popia..and carrot susu dia ok rasanya..tak terlalu manis tak terlalu tawar..if tawar pun dia memang bagi hangpa semua air gula..nampak bekas berisi air gula sebelah carrot susu tue..cuma aku kurang berkenan sos popia tue..bagi aku tak berapa nak membuka selera aku..

Mee Kari Kuala Kangsar

Agak lama aku tunggu sampai jugak Mee Kari Kuala Kangsar aku..ermm bila sampai aku tengok ermm nampak macam pekat jea mee kari nie..berbeza dengan aku makan area Perak..yea la aku nie kan anak jati Perak..

Bila rasa dah bole agak kepekatan kari dia..so aku makan jea mee & telur rebus..tapi bahan2 lain aku tak makan..sebab aku rasa macam kurang dengan selera aku..so next time aku datang sini maybe tak order menu nie lagi dah..mayb aku order roti sandwich sebab aku tengok kebanykannya pelanggan order sandwich/roti..maybe itu sebenarnya the best menu kat situ..

Pekerja pula bagus..bila kau masuk jea dia wish "Selamat Datang"..macam restoran jepun yg selalu korang pegi..so rasa welcome la bila masuk kedai..order pun pantas and servis so far ok for me...kalau kedai makan tue laku mana tapi kalau pekerja tak ok tak syiok jugak kan..so kedai nie dari segi layanan bagus..

2 comments:

  1. Terima kasih kerana membuat review tentang restoran kami. Kami bercadang untuk menjemput beberapa blogger untuk menjayakan program kami yang akan datang. Boleh kami dapatkan contact no anda? Sila sms/whatsapp nama, alamat blog & email anda ke 019-6994886 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...sudah whatapps :) thanks sebab jemput join program cik/puan..

      Delete