Followers

Friday, 4 October 2013

Al-Kisah mimpi buah delima

Buah delima seperti yg diketahui banyak khasiatnya baik dari segi kesihatan, kecantikan & untuk ibu mengandung..kalau makan memang bagus dan diantara khasiatnya adalah :

  • Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
    • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
    • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
    • Membantu penghadaman
    • Membuang lemak-lemak berlebihan
    • Menambah tenaga
    • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
    • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
    • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
    • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
    • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
    • Mencantikan kulit
    Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
    • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
    • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
    • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Malah Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
 
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
 
 
ok...berbalik tajuk entry di atas..aku nak share la mimpi pasal buah delima masa aku pregnant between 5 or 6 months gitu..masa pregnantkan Zara...
 
masa aku pregnant hubby aku still keje shift hour..so time tue dia shift pagi so lepas aku solat subuh, prepare bekpes untuk hubby dia pegi confirm aku terlelap depan TV..hahahaha..kunun2 penat si ibu bunting la...ahaks...aku pun mimpi...
 
"aku berada di 1 ladang buah delima, dan dikelilingi perempuan yg cantik berjubah/ berbaju serba serbi putih..sangat2 bercahaya tempat itu termasuk la perempuan-perempuan itu tadi & buah delima pun sama, dorang sempat menarik tangan aku sambil berkata "marilah makan buah delima nie,sedap"..aku tengok tanpa berkata sepatah apa pun..aku tengok dorang bukak buah delima tue..Masyaallah biji buah delima tue sangat-sangat la bercahaya macam mutiara..terpaku kejap aku..sangat-sangat cantik biji dia...lalu aku makan, sekali lagi mengucap...manisnya buah delima..terasa sedap..tup tup makan sikit jea aku terjaga..."
 
Bila terjaga tue still terasa kemanisan biji buah delima itu..sampai sekarang aku berpikir apa maksud mimpi aku tadi??bukan nak tafsir mimpi tapi dalam banyak-banyak mimpi,mimpi tue macam melekat dalam kepala otak aku..sampai sekarang..
 
And bila bersalin aritue tak sangka Zara keluar kulitnya merah,bibirnya merah menyala...sampai ramai yg tegur, nurse-nurse pakat Tanya apa yg aku amalkan masa pregnant..speechless kejap sebab rasanya tak ada apa sangat yg aku amalkan..biasa2 macam ibu mengandung yg lain..bila aku story mimpi nie dengan hubby aku dia cakap tue semua mainan tido jea..tapi sejujurnya sampai sekarang aku tertanya..apa-apa pun semoga mimpi itu petanda baik buat anak ku Nur Zara Zulaikha.. Amin...

Tuesday, 1 October 2013

Berhabuk2

Assalamualaikum semua,

Lama gile tak update blog nie..dah berusang-usang,berhabuk-habuk..sampai dah beranak pinak teman...hahahahaha...syukur Alhamdulillah terbukak hati nak update blog bila ada sorang insan from Nuin Little Perak yg aku pernah review makanan disitu comment untuk latest projek katenye..so terlintas nak sambung blogging..kuik,kuik..hehehehe..

Syukur Alhamdulillah aku suda mempunyai seorang cahaya mata yg bernama Nur Zara Zulaikha which is dh berusia 4 bulan..makin membesar dengan sihatnya....last timbangannye khamis lepas 5.5kg..die lahir genap due date die 27 Mei 2013.. Tak sangka sebab aku bajet lewat sebab ramai senior yg berpengalaman cakap maybe lambat anak sulung...kakak ipar aku pun share benda yg sama..pagi 27 Mei tue aku sakit perut biasa lagi..tapi agak bole tahan la..tapi bole dikawal lagi..mak mertua and hubby aku dh kelam kabut prepare barang untuk aku..and mak mertua aku bagi telan sebutir telur mentah untuk memudahkan bersalin..bagi licin kata orang tue..

Sampai GH Kota Bahru tue aku tengok ramai lagi yang sakit lebih teruk lagi...kedengaran suara tangis baby maybe baru lahir..bdebar bukan main dalam hati ini..aku banyak doa surah Nabi Yunus yang suami aku share dari kakak & colleague dia..Alhamdulillah yg check jalan doctor perempuan sebab aku tengok ada doctor laki jugak..4 cm suda aku warded...dalam tengah hari masuk ward aku pun dah start rasa sakit yang agak teruk jugak..laki kene halau dengan guard..so bila tak tahan aku jerit panggil nurse cakap terasa nak meneran..nurse pulak cakap "eh jangan teran lagi,saya bawak pegi check yea"..dah check semua jalan dah bukak 6 cm so nurse nak tolak aku bawak ke labor room..

Sampai labor room aku menjerit sebab alahai tak berapa nak tahan sakit dia..gini ghupenye sakit nak bersalin yea...datang bidan kecoh-kecoh cakap "baru 6cm belum nak bersalin dah"..sekali bukak hambik kau tengok kepala baby on the way..banyak membebel sangat terkejut kau..aku start teruk sakit pukul 12 lebih..aku masuk labor room pukul 2 lebih and bersalin pukul 3.47petang..semua tue berlaku petang..hehehe..disebabkan baby tak sabar nak keluar maka tak sempat la nurse nak panggil hubby aku masuk..frust tahap dewa dia sebab dia nak tengok sangat..

Sesusah baby keluar aku tak tau nak ungkap macam mana perasaan tue..hanya mampu pangku baby tengok jea dia nangis..sebab dalam keadaan penat and blur..bidan dan doctor Alhamdulillah jugak perempuan keluarkan uri sebab dorang tekan-tekan payah nak keluar..dah keluar aku cadang nak bius bagi tak nak sakit jahit..Alhamdulillah bidan & nurse cakap "elastiknyo awok punyo nie,tak perlu jahit"..aku terkejut terus cakap "hah tak payah jahit"...lega...baby 3.1kg...selepas siap semua ramai pulak bertanya apa petua sebab anak sulung baby pun agak besar..

Just aku cakap aku amalkan makan kapsul VCO Catalyst,and sapu minyak dia bila dah sarat kat bawah tempat kita nak bersalin tue..Alhamdulillah baby tak kene kuning even kulit dia nampak kekuningan..pahtue bila sarat hari-hari aku ajak hubby aku minum air kelapa whic is no sugar added and no ice.. Banyak makan buah delima juga salah satu sampai termimpi nanti aku story next entry yea..maybe aku rasa sebab Zara bila lahir kulit dia kemerah-merahan..mimpi yang aku rasa macam betol la..


 

 
kapsul nie aku makan sejak 5 bulan aku pregnant..tujuan tak nak baby kene kuning..Alhamdulillah memang Zara tak kuning..
sumber ihsan : google
 
 
yang nie minyak dia saja..yang nie aku buat sapu area bawah tue untuk tak nak koyak banyak..dapat petua nie dari cikgu sekolah teknik aku..thanks Puan Nazuha,bekas cikgu kimia aku.. tujuan aku asing-asing sebab kapsul leceh nak picit satu-satu.. :) sumber ihsan : google