Followers

Friday, 4 October 2013

Al-Kisah mimpi buah delima

Buah delima seperti yg diketahui banyak khasiatnya baik dari segi kesihatan, kecantikan & untuk ibu mengandung..kalau makan memang bagus dan diantara khasiatnya adalah :

  • Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
    • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
    • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
    • Membantu penghadaman
    • Membuang lemak-lemak berlebihan
    • Menambah tenaga
    • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
    • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
    • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
    • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
    • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
    • Mencantikan kulit
    Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
    • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
    • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
    • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Malah Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
 
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
 
 
ok...berbalik tajuk entry di atas..aku nak share la mimpi pasal buah delima masa aku pregnant between 5 or 6 months gitu..masa pregnantkan Zara...
 
masa aku pregnant hubby aku still keje shift hour..so time tue dia shift pagi so lepas aku solat subuh, prepare bekpes untuk hubby dia pegi confirm aku terlelap depan TV..hahahaha..kunun2 penat si ibu bunting la...ahaks...aku pun mimpi...
 
"aku berada di 1 ladang buah delima, dan dikelilingi perempuan yg cantik berjubah/ berbaju serba serbi putih..sangat2 bercahaya tempat itu termasuk la perempuan-perempuan itu tadi & buah delima pun sama, dorang sempat menarik tangan aku sambil berkata "marilah makan buah delima nie,sedap"..aku tengok tanpa berkata sepatah apa pun..aku tengok dorang bukak buah delima tue..Masyaallah biji buah delima tue sangat-sangat la bercahaya macam mutiara..terpaku kejap aku..sangat-sangat cantik biji dia...lalu aku makan, sekali lagi mengucap...manisnya buah delima..terasa sedap..tup tup makan sikit jea aku terjaga..."
 
Bila terjaga tue still terasa kemanisan biji buah delima itu..sampai sekarang aku berpikir apa maksud mimpi aku tadi??bukan nak tafsir mimpi tapi dalam banyak-banyak mimpi,mimpi tue macam melekat dalam kepala otak aku..sampai sekarang..
 
And bila bersalin aritue tak sangka Zara keluar kulitnya merah,bibirnya merah menyala...sampai ramai yg tegur, nurse-nurse pakat Tanya apa yg aku amalkan masa pregnant..speechless kejap sebab rasanya tak ada apa sangat yg aku amalkan..biasa2 macam ibu mengandung yg lain..bila aku story mimpi nie dengan hubby aku dia cakap tue semua mainan tido jea..tapi sejujurnya sampai sekarang aku tertanya..apa-apa pun semoga mimpi itu petanda baik buat anak ku Nur Zara Zulaikha.. Amin...

No comments:

Post a Comment